Umum mengetahui bahawa Google Reader bakal ditamatkan perkhidmatan pada 1 Julai ini. Google Reader yang memudahkan untuk mengikuti RSS yang terkini dari pelbagai laman web/blog, menghitung hari untuk ditutup sepenuhnya. Ia disambut dengan perasaan kecewa dari setiap yang menggunakannya. Maka, alternatif lain dicari untuk memastikan pelbagai laman web/blog yang telah dilanggan sebelum ini tidak berfungsi sebaiknya. Bayangkan dalam Google Reader kita telah mengikuti 1000 blog, maka akan terbiarlah kemaskini RSS yang terbaru jika kita membiarkannya terkubur bersama Google Reader. Antara pengganti Google Reader yang ditemui, 1. Feedly (apps : IOS & Android, FREE) Menyukai rekabentuk Feedly yang kemas dan bersih. Senang cerita, tak serabut untuk membaca. Muka depan apss Feedly Paparan halaman blog/laman web yang diikuti (Feedly). Kemas. 2. Reeder (apps yang kini FREE di iOS dan Mac) Bers...