Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Cuti-cuti 2011

Rancangan tahun baru?  Kalendar cuti-cuti Malaysia 2011 . Jalan-jalan di Malaysia .

Tidak

Mungkin perlu katakan tidak kepada air berkarbonat seperti Pepsi, Coca Cola dan 7Up. Tajam sungguh.                                                                                                     Bersinar sungguh!

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”  

Wallpaper

Kekadang bosan juga jika  wallpaper  di komputer mahupun  laptop  kekal gambar yang sama. Jom tambah koleksi di sini . Boleh jua nikmati matahari terbenam di Tanzania. Atau mungkin jua di Rawa Pening, Indonesia.  

Ipad 2 April 2011

Dijangkakan Ipad generasi kedua akan dikeluarkan sekitar bulan April 2011 . Nak beli atau terus menunggu? Terpulang, jika sanggup menunggu lebih lama, tidak mengapa. Sabar itu kadangkala manis jua.  Dikhabarkan generasi kedua Ipad ini ditambah dengan ciri-ciri yang lebih menarik seperti kamera dan peranti USB. Dan kelihatan lebih comel dengan saiz yang lebih kecil.

3 sudah

Tahniah Malaysia!!! Sudah tiga kosong Indonesia dibelasah kini dalam perlawanan akhir  Piala Suzuki AFF. Walaupun masa awal permainan agak membosankan, separuh masa kedua lebih agresif dan menarik.  Safee Sali menjaringkan dua gol. Dulu jarang kedengaran nama Safee Sali, sekarang bukan main hangat lagi. Keep it up bro!!   Pusingan kedua Piala Suzuki AFF di Indonesia 29 Disember, Rabu ini.

Kosongkan Inbox

Kerapkali inbox di emel syarikat penuh. Dan emel-emel yang seterusnya tidak dapat masuk. Pengirim emel kebiasaan akan menelefon sama ada emel telah diterima atau belum jika memerlukan maklum balas secepat mungkin. Walau bagaimanapun, penat juga kalau asyik nak telefon sana sini semata-mata pastikan emel telah diterima. Jimatkan masa. Gmail boleh digunakan sebagai emel perantara dengan menambah akaun pop3 di gmail.   Klik di Add POP3 email account.   Ikuti langkah-langkah seterusnya. Rasanya tak perlu lagi meninggalkan emel di server kerana terus boleh buka emel dengan selamat menggunakan gmail. Emel syarikat lebih bersih tanpa banyak emel yang menyerabutkan kepala. Lebih mudah untuk dilihat kerana rekabentuk gmail yang kemas.

Ke mana selepas PMR

Hanya 0.07% daripada keseluruhan calon PMR mendapat semua A dalam keputusan PMR yang diumumkan semalam. Tahniah kepada yang berjaya. Yang kurang berjaya, PMR bukan penamat segala-galanya. Masih ada peluang dan pilihan untuk mendapat keputusan yang lebih baik.    Pilih aliran mengikut minat-minat masing. Setiap bidang ada rezeki yang tersendiri bagi yang sentiasa berusaha. Jangan terlalu mengikut kawan. Tahu kehendak sendiri adalah salah satu faktor kejayaan dalam kehidupan. Yes!!!!!!!!

Obes

Bukan sahaja manusia yang obes. Bukan sahaja rakyat Nauru , Tonga, Mesir, Amerika waima Malaysia sendiri sahaja yang semakin obes. Malah binatang juga semakin obes. Buktinya di sini . Hoho. Malaysia di tangga 146.

Penghantaran Makanan Ke Rumah@ Pejabat

Edisi perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah sudah lama rasanya bermula. Zaman kecil-kecil dulu selalu juga menikmati makanan mangkuk tingkat. Panas dan sedap. Berlari ke pagar bila tengok pakcik mangkuk tingkat sudah sedia di depan. Google punya google, banyak juga perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah mahupun pejabat kini. Sekitar Selangor dan KL memang banyak. Oh ya, sekadar perkongsian bersama, baru menikmati Mat & Joe Home Cook, perkhidmatan penghantaran terus ke pejabat mahupun ke rumah di sekitar Putrajaya dan Selangor. Ayam masak pedas, sawi masak goreng, ikan goreng, sambal belacan bersama nasi putih. Menyelerakan, sedap dan kemas. Sesuai untuk makan tengah hari. Tambah-tambah untuk yang tak sempat pergi ke kafe. Call je, tau-tau dah sampai depan mata. Ok =) p.s :  saya tidak mempunyai sebarang saham dalam Mat & Joe Home Cook =) Sekadar berkongsi. p.s.s : Mat & Joe Home Cook 016-323 2704 

Kerana Ilmu

Kerana ilmu. Best bila membaca karya ini. Cuma tidak tahu siapa penulisnya. Dipetik dari sini .     TAARUF DIA dikatakan gadis lewat usia. Kalau ada yang bertanya, dia tak pernah memberitahu. Tapi sosok tampilannya jelas memperlihatkan umurnya dalam lingkungan awal 30-an. Dan, seperti kelaziman masyarakat Melayu, apabila sahaja seseorang perempuan melepasi angka 25, sanak-saudara pun selalu tergedik-gedik bertanya, "Bila lagi? Bila lagi? Bila nak kahwin? Sudah ada calonnyakah?" Bahkan ibu ayahnya sendiri semakin menusuk-nusuk mendesak, "Masih belum ketemu lagikah calon pilihan? Tidak adakah yang mahu meminang; atau sekurang-kurangnya masuk merisik dahulu?"   Pada setiap soalan-soalan itu, dia hanya membalas dengan senyuman sambil berkata lembut, "Insya-Allah, nanti bila tiba waktunya sampailah kad jemputan; terima kasih atas perhatian dan mengambil berat." Dia cuba menguntum senyuman paling lembut, walaupun lebih selalu daripada tidak, senyumannya jarang...

Tahniah Skuad Bola Malaysia

Tahniah kepada pasukan harimau muda yang menang agak selesa dengan keputusan 2 - 0 dengan Vietnam. Usaha yang berterusan selain kerja berpasukan akhirnya membuahkan hasil.  Paling best, walaupun bola dah ditepis oleh penjaga gol lawan, tapi pemain terus berusaha menjaringkan gol. Yeaaaaaah, semangat sebegini membolehkan kita terus menang!!!!!!!

Penat di empat negara

Penat kalau ingin mengusahakan sesuatu di Liberia, Afghanistan, Iraq mahupun India. Masakan tidak, negara-negara ini antara yang utama mengamalkan rasuah.

Kerana Sedap

Disebabkan kicap cap kipas udang yang sememangnya sedap hingga membuatkan ada pihak yang mengeluarkan dalam bentuk tiruan. Adoi, sedap sungguh hingga orang lain pun berminat nak membuatnya atas jenama yang sama bagi mengaut keuntungan berganda. Kicap tiruan mempunyai penutup lubang yang berlubang seperti bulatan terbuka di tengah-tengah (gambar) sementara yang asli  tidak mempunyai penutup lubang yang terbuka. Oh ya, pengeluarnya adalah Zarafoodstuff Industries Sdn Bhd yang terletak di Johor Bahru, Johor. Kredit gambar Kosmo!

Semua kisah

Tak semua kisah boleh diceritakan mahu dibualkan kepada sesiapa. Kadang-kadang bagi kita terlalu peribadi dan hanya yang betul-betul rapat sahaja berhak tahu. Jika semua tahu, tiada apa lagi yang istimewa bukan? Sesetengah mungkin berpendapat sesuatu kisah itu biasa sahaja, maka tiada isu yang timbul. Namun, bagi tuan empunya badan beranggapan sebaliknya. Sewajarnya kita menghormati pendapat mahupun pendirian beliau dalam apa jua perkara. Apepun, saling menghormati kunci harmoninya hubungan persahabatan mahupun persaudaraan itu sendiri. Happy ~

Tahniah PNM

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kini dalam usaha untuk menyiarkan 3.8 juta bahan miliknya secara online. "Setakat ini kira-kira 1 juta halaman bahan itu telah disiarkan secara online di laman web PNM iaitu www.pnm.my," kata Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar pada sidang media selepas merasmikan Seminar Inisiatif Digital PNM di sini, Isnin. Laporan akhbar MStar. Tahniah PNM.  Seronok bila boleh membaca secara online terus. Indahnya =) Buat masa ini, saya suka melayari di sini . Banyak buku yang boleh dibaca terus di sini . Jom!. Oh, ya..username dan passwordnya di sini.  

Apa yang dicari pada 2010

Menjelang hujung tahun, banyak enjin carian seperti google mahupun yahoo mengeluarkan trend carian terkini. Twitter juga tidak ketinggalan. Secara global, Ipad merupakan gajet hangat yang dicari kini di pasaran  dengan Hong Kong menjadi negara yang paling kerap membuat carian berkenaan Ipad diikuti Singapura, US dan Jepun. Iraq yang juga tidak ketinggalan dalam senarai sepuluh negara utama yang mencari Ipad ( sumber ). Justin Bieber adalah orang paling panas dicari di talian google dengan peningkatan yang ketara sepanjang tahun 2010. Oh ya, barangkali orang Haiti paling menggemarinya kerana didapati negara berkenaan paling kerap mencari remaja bersuara 'manis' ini. Tidak ketinggalan warga Indonesia, Myanmar, Madagascar hingga ke Honduras merupakan antara sepuluh negara utama menggilai remaja pop ini (sumber ). Topik misteri masih menjadi pilihan bagi peminat sekitar US dengan T he Southern Vampire Mysteries karya Charlaine Harris atau lebih dikenali dengan The Sookie Stackho...

Google Ebook atau Amazon

Google kini melancarkan stor ebook sendiri dan perkembangan seperti ini amat menarik dalam industri buku mahupun teknologi. Walau bagaimanapun, stor ini hanya terhad di UK buat masa ini.  Google eBooks are currently only available for sale to users located in the United States. We are working hard to expand the countries in which Google eBooks are available and offer this new product to readers around the world, and appreciate your continued interest. (source : http://books.google.com/support/bin/answer.py?answer=1062504&hl=en ) Hoho. Amazon masih menarik di hati =)     Ipad atau Kindle? Berbelah-belah rasanya. Mungkin tidak buat masa ini.

PDF Tiger

Jika ingin menukar format PDF ke pelbagai format lain seperti Microsoft Words, Rich Text Documents, Plain Text Files, Images, HTML Files dan Shockwave Flash SWF Files, PDF Tiger adalah salah satu aplikasi yang boleh digunakan dan kini boleh dimuat turun secara percuma sehingga 21 Oktober. Jom! PDF Tiger link

Membuat masker sendiri

Dah lama rasanya ingin membuat masker sendiri. Banyak resepi mahupun petua di internet kini. Terima kasih kepada kawan yang sudi berkongsi petua untuk membuat masker sendiri. Selepas ini bolehlah digunakan di muka tanpa rasa was-was.  Bahan-bahan :     Beras pulut Putih telur Cara Penyediaan : 1. Beras pulut digoreng sehingga kekuningan tanpa minyak. Pastikan api tidak terlalu kuat ketika menggoreng. 2. Setelah itu, sejukkan seketika. Kemudian dimasukkan dalam pengisar sebelum disimpan dalam bekas.  Cara Penggunaan :   1. Hanya ambil setengah sudu teh untuk dicampur bersama putih telur. 2. Sapukan ke muka dan biarkan sehingga 3 - 4 jam. 3. Basuh muka sehingga bersih setelah masker hilang. Mudah bukan? Selamat mencuba. Oh ya, masker hanya sesuai digunakan 2-3 kali seminggu, tidak setiap hari.

Jom derma nasi

Melalui laman web Freerice , kita boleh menderma sepinggan nasi untuk 4 juta yang diperlukan ke negara-negara miskin . Setiap satu jawapan yang betul, 10 butir beras akan didermakan. Lebih ramai yang bermain game secara tidak langsung dapat memberi lebih banyak kepada yang memerlukan.  Dicadangkan bermain dengan browser Chrome yang dilengkapi dengan kamus .  Boleh didapati di sini . Oh ya, permainan ini juga dapat meluaskan perbendaharaan kata kita. Matematik, geografi, lukisan dan kimia juga boleh dimain bersama. Selamat bermain.

Online Membaca

Kita tidak lagi terhad kepada bahan bacaan seperti buku,akhbar dan apa sahaja yang berkulit semata-mata. Berada di talian ataupun online membuatkan kita membaca sebenarnya secara tidak langsung. Banyak laman web kini menawarkan bacaan secara percuma malah ada di antaranya turut dijual dalam bentuk ebook. Amat memudahkan, terutama yang memiliki ruang terhad bagi menyimpan koleksi bahan bacaan. Pembacaan dan pembelajaran secara maya lagi percuma pastinya menarik. Meminjam kata-kata Bill Gates, Five years from now, you'll able to find the best lectures in the world (on the web). It will be better than any single university.  Jom kongsi antara laman web yang menawarkan syurga ilmu. Seronoknya!!! 1. Khan Academy     Diasaskan oleh Salman Khan. Menarik, belajar dalam bentuk video, visual sangat mengujakan dan lebih        mudah difahami terutama Matematik. 2. Textbook Revolution      Boleh dimuat turun buku (pdf) secara percuma...

Tag dan Jualan Murah

Sana sini jualan murah kini. Harga istimewa menjelang hari raya. Bagus juga. Boleh berbelanja dengan lebih berbaloi. Harga runtuh di mana sahaja sekarang. Clearance sale , jualan murah, jualan hari raya kini terpampang di mana-mana. Tapi, bila jadi begini, agak menakutkan. Tak bestla. Berniaga biar jujur. Baru seronok membeli-belah tanpa rasa was-was. Perhatikan tarikh pada tag harga gambar di bawah. Harga murah yang ditawarkan adalah harga sebenar rupanya. Teknik pemasaran barangkali. Aduh! Kredit kepada mstar untuk gambar ini.

InsyaAllah

Currently in love with... Everytime you feel like you cannot go on   You feel so lost   That your so alone   All you is see is night   And darkness all around   You feel so helpless   You can’t see which way to go   Don’t despair and never loose hope   Cause Allah is always by your side   Insha Allah x3   Insya Allah you’ll find your way   Everytime you can make one more mistake   You feel you can’t repent   And that its way too late   Your’re so confused, wrong decisions you have made   Haunt your mind and your heart is full of shame   Don’t despair and never loose hope   Cause Allah is always by your side   Insha Allah x3   Insya Allah you’ll find your way   Insha Allah x3   Insya Allah you’ll find your way   Turn to Allah   He’s never far away   Put your trust in Him   Raise your hands and pray   OOO Ya Allah   Gui...

TV3 berwajah baru ?

Terasa ingin menonton drama hari ini. Semalam macam keluar mesej error bila ke tv tersebut. Hari ini keluar lain pula. Apa dia? Jeng...jeng... Tadaaaaaaaaa..... Adoi, boleh keluar mesej macam ini pula. Kena tunggu la jawabnya =)

Tahniah Imam Asyraf!

Tahniah kepada Imam Muda kita yang pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan yang muncul juara dalam pertandingan yang berlangsung semalam. Menariknya, produk Apple turut menjadi pilihan bukan sahaja untuk pemenang utama dan naib juara, malah untuk lapan peserta akhir yang lain. Hadiah Asyraf memang menarik!  Antara hadiah Imam Muda :  *insentif berbentuk tawaran sebagai Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.    *biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000. * pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI. Menarik bukan. Tahniah kepada Astro Oasis atas penganjuran program realiti TV ini. ...

TV oh TV

Tak dinafikan TV masih memainkan peranan penting dalam hidup kita walaupun dilimpahkan dengan internet yang memiliki pelbagai cerita dan rasa. Banyak pihak TV kini turut mempunyai laman web masing-masing. Salah satu strategi pemasaran. Bagus juga. Bila bosan, boleh juga tengok apa yang patut. Banyak drama. Ok juga. Otak perlu berehat sekali-sekala...hehe. Sebagai contoh, TV3. Memang banyak cerita atau program yang boleh ditonton dari laman webnya di sini . Tetapi rasa kurang ummmph, kurang seronok pula bila rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) tidak divideokan secara maya. Suka juga  rancangan MHI ni, terutama program bicara buku. Tapi memang tak sempat tengok. Apa kata pihak TV3 upload dan masukkan MHI sebagai salah satu program? Baru syok. Ada rancangan menarik di TV tetapi tiada di laman web? Jom senarai.

Kalkulator Maya

Kadang-kadang ada sesetengah soalan matematik yang kita tak berapa pasti jawapannya. Betul ke nie? Hehe... Selalu gak mengalami suasana macam ni.  Terutamanya bagi soalan matematik yang kompleks seperti pengamiran dan algebra. Antara senarai kalkulator yang boleh digunakan : i. Wolfram Integral    boleh buat soalan pengamiran di sini. ii. Wolfram Alpha     masukkan apa sahaja yang nak diketahui atau hendak dikira. Contohnya berapa minggu kita telah hidup       di  dunia boleh diketahui melalui sini juga! iii. Function      Fungsi dan algebra termasuk graf. iv. Vektor v. Pelbagai     Pelbagai soalan matematik boleh digunakan di sini. Oh ya, kalau terlupa di mana kalkulator saintifik, boleh gunakan di sini . Jom kongsi bersama kalkulator maya.

World Without Engineers

Ibu bapa tidak boleh lihat HP anak?

Baru-baru ini, Chongqing, selatan China  telah memutuskan bahawa ibu bapa tidak dibenarkan untuk melihat aktiviti anak-anak mereka di talian sama ada dalam bentuk emel, mesej, web chats dan browser history . Anak-anak dibenarkan untuk membawa perkara ini ke mahkamah sekiranya berlaku perkara sedemikian. Saya percaya perkara ini  tidak sepatutnya berlaku biarpun atas nama kebebasan anak-anak. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dan rapat anak seharusnya tidak disekat hak mereka dalam memastikan anak-anak mendapat panduan yang sebaiknya.

Komik

Kartun mahupun komik sangat menyenangkan. Ya, sangat-sangat menyenangkan. Dapat berehat, bersantai-santai sambil menikmati bahan di tangan. Melihat komik yang dipaparkan dalam projek Royal Society for the Encouragement of  Arts, Manufactures and Commerce atau lebih dikenali sebagai RSA, secara tak langsung menyelusuri sesuatu perkara dengan lebih berkesan dalam suasana yang tenang dan santai. Antaranya : The Secret  Power of  Time  - pilihan untuk fokus kepada situasi masa lepas, sekarang atau masa akan datang. Smile or Die - pilihan untuk lebih baik atau sebaliknya.  

Program Gosip TV Haram

Majlis Ulama Indonesia (MUI) hari ini mengeluarkan fatwa mengharamkan program gosip tv hari ini. "Kami menganggap penting untuk mengeluarkan fatwa itu kerana program infotainmen boleh mengandungi unsur tidak bermoral dan menyalahi etika kewartawanan," kata pegawai MUI, Asrorun Niam Soleh, hari ini. "Apabila orang mula menyebarkan khabar angin, ikatan yang menyatukan sebuah negara akan terlerai," ujarnya lagi. Sebenarnya, bila kita lihat semula, program berkenaan kurang bermanfaat dari isinya. Tiada apa yang penting untuk diperkatakan. Seharusnya program-program TV yang membina dipelbagaikan lagi. Tambah menakutkan ia boleh membawa kepada fitnah yang mengundang seribu satu keburukan bukan sahaja kepada individu malah masyarakat itu sendiri. Bukan sahaja program TV, sebarang bentuk bahan yang membawa kepada tindakan yang sama tidak wajar diamalkan lagi. Warnakan hidup dengan lebih baik! Renungan bersama... Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu pu...

Facebook Negara Ke-3?

Facebook kini menjadi seperti negara ketiga yang mempunyai populasi terbesar, malah melebihi US sendiri dengan populasi sebanyak 500 juta ahli. Dianggarkan ia akan mencecah sehingga 1 bilion dalam masa beberapa tahun lagi.