Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Cuti-cuti 2011

Rancangan tahun baru?  Kalendar cuti-cuti Malaysia 2011 . Jalan-jalan di Malaysia .

Tidak

Mungkin perlu katakan tidak kepada air berkarbonat seperti Pepsi, Coca Cola dan 7Up. Tajam sungguh.                                                                                                     Bersinar sungguh!

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”  

Wallpaper

Kekadang bosan juga jika  wallpaper  di komputer mahupun  laptop  kekal gambar yang sama. Jom tambah koleksi di sini . Boleh jua nikmati matahari terbenam di Tanzania. Atau mungkin jua di Rawa Pening, Indonesia.  

Ipad 2 April 2011

Dijangkakan Ipad generasi kedua akan dikeluarkan sekitar bulan April 2011 . Nak beli atau terus menunggu? Terpulang, jika sanggup menunggu lebih lama, tidak mengapa. Sabar itu kadangkala manis jua.  Dikhabarkan generasi kedua Ipad ini ditambah dengan ciri-ciri yang lebih menarik seperti kamera dan peranti USB. Dan kelihatan lebih comel dengan saiz yang lebih kecil.

3 sudah

Tahniah Malaysia!!! Sudah tiga kosong Indonesia dibelasah kini dalam perlawanan akhir  Piala Suzuki AFF. Walaupun masa awal permainan agak membosankan, separuh masa kedua lebih agresif dan menarik.  Safee Sali menjaringkan dua gol. Dulu jarang kedengaran nama Safee Sali, sekarang bukan main hangat lagi. Keep it up bro!!   Pusingan kedua Piala Suzuki AFF di Indonesia 29 Disember, Rabu ini.

Kosongkan Inbox

Kerapkali inbox di emel syarikat penuh. Dan emel-emel yang seterusnya tidak dapat masuk. Pengirim emel kebiasaan akan menelefon sama ada emel telah diterima atau belum jika memerlukan maklum balas secepat mungkin. Walau bagaimanapun, penat juga kalau asyik nak telefon sana sini semata-mata pastikan emel telah diterima. Jimatkan masa. Gmail boleh digunakan sebagai emel perantara dengan menambah akaun pop3 di gmail.   Klik di Add POP3 email account.   Ikuti langkah-langkah seterusnya. Rasanya tak perlu lagi meninggalkan emel di server kerana terus boleh buka emel dengan selamat menggunakan gmail. Emel syarikat lebih bersih tanpa banyak emel yang menyerabutkan kepala. Lebih mudah untuk dilihat kerana rekabentuk gmail yang kemas.

Ke mana selepas PMR

Hanya 0.07% daripada keseluruhan calon PMR mendapat semua A dalam keputusan PMR yang diumumkan semalam. Tahniah kepada yang berjaya. Yang kurang berjaya, PMR bukan penamat segala-galanya. Masih ada peluang dan pilihan untuk mendapat keputusan yang lebih baik.    Pilih aliran mengikut minat-minat masing. Setiap bidang ada rezeki yang tersendiri bagi yang sentiasa berusaha. Jangan terlalu mengikut kawan. Tahu kehendak sendiri adalah salah satu faktor kejayaan dalam kehidupan. Yes!!!!!!!!

Obes

Bukan sahaja manusia yang obes. Bukan sahaja rakyat Nauru , Tonga, Mesir, Amerika waima Malaysia sendiri sahaja yang semakin obes. Malah binatang juga semakin obes. Buktinya di sini . Hoho. Malaysia di tangga 146.

Penghantaran Makanan Ke Rumah@ Pejabat

Edisi perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah sudah lama rasanya bermula. Zaman kecil-kecil dulu selalu juga menikmati makanan mangkuk tingkat. Panas dan sedap. Berlari ke pagar bila tengok pakcik mangkuk tingkat sudah sedia di depan. Google punya google, banyak juga perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah mahupun pejabat kini. Sekitar Selangor dan KL memang banyak. Oh ya, sekadar perkongsian bersama, baru menikmati Mat & Joe Home Cook, perkhidmatan penghantaran terus ke pejabat mahupun ke rumah di sekitar Putrajaya dan Selangor. Ayam masak pedas, sawi masak goreng, ikan goreng, sambal belacan bersama nasi putih. Menyelerakan, sedap dan kemas. Sesuai untuk makan tengah hari. Tambah-tambah untuk yang tak sempat pergi ke kafe. Call je, tau-tau dah sampai depan mata. Ok =) p.s :  saya tidak mempunyai sebarang saham dalam Mat & Joe Home Cook =) Sekadar berkongsi. p.s.s : Mat & Joe Home Cook 016-323 2704 

Kerana Ilmu

Kerana ilmu. Best bila membaca karya ini. Cuma tidak tahu siapa penulisnya. Dipetik dari sini .     TAARUF DIA dikatakan gadis lewat usia. Kalau ada yang bertanya, dia tak pernah memberitahu. Tapi sosok tampilannya jelas memperlihatkan umurnya dalam lingkungan awal 30-an. Dan, seperti kelaziman masyarakat Melayu, apabila sahaja seseorang perempuan melepasi angka 25, sanak-saudara pun selalu tergedik-gedik bertanya, "Bila lagi? Bila lagi? Bila nak kahwin? Sudah ada calonnyakah?" Bahkan ibu ayahnya sendiri semakin menusuk-nusuk mendesak, "Masih belum ketemu lagikah calon pilihan? Tidak adakah yang mahu meminang; atau sekurang-kurangnya masuk merisik dahulu?"   Pada setiap soalan-soalan itu, dia hanya membalas dengan senyuman sambil berkata lembut, "Insya-Allah, nanti bila tiba waktunya sampailah kad jemputan; terima kasih atas perhatian dan mengambil berat." Dia cuba menguntum senyuman paling lembut, walaupun lebih selalu daripada tidak, senyumannya jarang...

Tahniah Skuad Bola Malaysia

Tahniah kepada pasukan harimau muda yang menang agak selesa dengan keputusan 2 - 0 dengan Vietnam. Usaha yang berterusan selain kerja berpasukan akhirnya membuahkan hasil.  Paling best, walaupun bola dah ditepis oleh penjaga gol lawan, tapi pemain terus berusaha menjaringkan gol. Yeaaaaaah, semangat sebegini membolehkan kita terus menang!!!!!!!

Penat di empat negara

Penat kalau ingin mengusahakan sesuatu di Liberia, Afghanistan, Iraq mahupun India. Masakan tidak, negara-negara ini antara yang utama mengamalkan rasuah.

Kerana Sedap

Disebabkan kicap cap kipas udang yang sememangnya sedap hingga membuatkan ada pihak yang mengeluarkan dalam bentuk tiruan. Adoi, sedap sungguh hingga orang lain pun berminat nak membuatnya atas jenama yang sama bagi mengaut keuntungan berganda. Kicap tiruan mempunyai penutup lubang yang berlubang seperti bulatan terbuka di tengah-tengah (gambar) sementara yang asli  tidak mempunyai penutup lubang yang terbuka. Oh ya, pengeluarnya adalah Zarafoodstuff Industries Sdn Bhd yang terletak di Johor Bahru, Johor. Kredit gambar Kosmo!

Semua kisah

Tak semua kisah boleh diceritakan mahu dibualkan kepada sesiapa. Kadang-kadang bagi kita terlalu peribadi dan hanya yang betul-betul rapat sahaja berhak tahu. Jika semua tahu, tiada apa lagi yang istimewa bukan? Sesetengah mungkin berpendapat sesuatu kisah itu biasa sahaja, maka tiada isu yang timbul. Namun, bagi tuan empunya badan beranggapan sebaliknya. Sewajarnya kita menghormati pendapat mahupun pendirian beliau dalam apa jua perkara. Apepun, saling menghormati kunci harmoninya hubungan persahabatan mahupun persaudaraan itu sendiri. Happy ~

Tahniah PNM

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kini dalam usaha untuk menyiarkan 3.8 juta bahan miliknya secara online. "Setakat ini kira-kira 1 juta halaman bahan itu telah disiarkan secara online di laman web PNM iaitu www.pnm.my," kata Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar pada sidang media selepas merasmikan Seminar Inisiatif Digital PNM di sini, Isnin. Laporan akhbar MStar. Tahniah PNM.  Seronok bila boleh membaca secara online terus. Indahnya =) Buat masa ini, saya suka melayari di sini . Banyak buku yang boleh dibaca terus di sini . Jom!. Oh, ya..username dan passwordnya di sini.  

Apa yang dicari pada 2010

Menjelang hujung tahun, banyak enjin carian seperti google mahupun yahoo mengeluarkan trend carian terkini. Twitter juga tidak ketinggalan. Secara global, Ipad merupakan gajet hangat yang dicari kini di pasaran  dengan Hong Kong menjadi negara yang paling kerap membuat carian berkenaan Ipad diikuti Singapura, US dan Jepun. Iraq yang juga tidak ketinggalan dalam senarai sepuluh negara utama yang mencari Ipad ( sumber ). Justin Bieber adalah orang paling panas dicari di talian google dengan peningkatan yang ketara sepanjang tahun 2010. Oh ya, barangkali orang Haiti paling menggemarinya kerana didapati negara berkenaan paling kerap mencari remaja bersuara 'manis' ini. Tidak ketinggalan warga Indonesia, Myanmar, Madagascar hingga ke Honduras merupakan antara sepuluh negara utama menggilai remaja pop ini (sumber ). Topik misteri masih menjadi pilihan bagi peminat sekitar US dengan T he Southern Vampire Mysteries karya Charlaine Harris atau lebih dikenali dengan The Sookie Stackho...

Google Ebook atau Amazon

Google kini melancarkan stor ebook sendiri dan perkembangan seperti ini amat menarik dalam industri buku mahupun teknologi. Walau bagaimanapun, stor ini hanya terhad di UK buat masa ini.  Google eBooks are currently only available for sale to users located in the United States. We are working hard to expand the countries in which Google eBooks are available and offer this new product to readers around the world, and appreciate your continued interest. (source : http://books.google.com/support/bin/answer.py?answer=1062504&hl=en ) Hoho. Amazon masih menarik di hati =)     Ipad atau Kindle? Berbelah-belah rasanya. Mungkin tidak buat masa ini.