Kasih sayang. Ada yang seperti embun di hujung rumput. Kasih sayang yang cepat hilang. Tidak kurang ada yang seperti hidung dicium, pipit digigit; hanya berpura-pura sahaja. Ada kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, digunakan bila perlu sahaja bagai sayang kaki pada terompah. Namun, bila kita terlalu kasih, terlalu sayang bagai menjaga permata intan ketika dicanai, sukar jua bagi sesetengah keadaan. Masakan tidak, jika kita terlalu menjaga, sedikit sebanyak ruang kebebasan menjadi terhad. Kita boleh menyayangi, mengasihi seseorang tidak kira dia adalah seorang kekasih, ibu, anak, bapa waima sahabat namun sesekali ruang untuk diri perlu diberi perhatian. Jika tidak, ia akan karam dan lemas bak kata Ruffedge. Lemas ku dalam dakapan mu Tidak ku sangka kau begitu Inikah lumrah orang bercinta Tiada ruang nafasnya Lemas ku dalam pelukan mu Tidak ku perlu kau begitu Inikah ertinya bercinta Berikan ruang agar ku selesa Me...