Skip to main content

Kasih sayang

Kasih sayang.  Ada yang seperti embun di hujung rumput. Kasih sayang yang cepat hilang. Tidak kurang ada yang seperti hidung dicium, pipit digigit; hanya berpura-pura sahaja. Ada kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, digunakan bila perlu sahaja bagai sayang kaki pada terompah. Namun, bila kita terlalu kasih, terlalu sayang bagai menjaga permata intan ketika dicanai, sukar jua bagi sesetengah keadaan.

Masakan tidak, jika kita terlalu menjaga, sedikit sebanyak ruang kebebasan menjadi terhad. Kita boleh menyayangi, mengasihi seseorang tidak kira dia adalah seorang kekasih, ibu, anak, bapa waima sahabat     namun sesekali ruang untuk diri perlu diberi perhatian. Jika tidak, ia akan karam dan lemas bak kata Ruffedge.

 Lemas ku dalam dakapan mu
 Tidak ku sangka kau begitu
 Inikah lumrah orang bercinta
 Tiada ruang nafasnya

Lemas ku dalam pelukan mu
 Tidak ku perlu kau begitu
 Inikah ertinya bercinta
 Berikan ruang agar ku selesa

Memang dia orangnya
 Mula memangnya sempurna
 Tiada yang buruk darinya
 Bahagia sentiasa di rasa

Tapi kini dah berubah
 Yang indah jadi derita
 Aku resah gelisah
 Yang tinggal hanyalah sakit dan peritnya

Kini aku mula sedari apa yang telah terjadi
 Diriku dibebani bayangmu
 Tapi tu semua dulu memang ku tidak mahu
 Teruskan percintaan ini bersamamu

Bukanku benci kepadamu
 Bukanku benci oh watakmu
 Percayalah kataku, aku rimas, aku lemas
 Bukanku benci cemburumu
 Bukanku benci kau ekoriku
 Percayalah kataku, aku rimas, aku lemas

Kini aku sedari apa yang telah terjadi
 Diriku dibebani bayangmu
 Tapi tu semua dulu memang ku tidak mahu
 Teruskan percintaan ini bersamamu

Katakan apa yang harus aku lakukan
 Agar kau mengerti

Ya, seharusnya kasih sayang itu menjadi titi dan penghubung hati antara kita secara bersederhana. Kasih sayang kepada Tuhan yang semestinya tiada tara. Kasih sayang sesama manusia kadangkala berubah, adakala bersungguh, adakala tidak. Apa yang penting, usaha untuk sentiasa mewujudkannya dalam suasana yang tenang dan sederhana. Tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak.



Kasih sayang itu titi
 Kasih sayang penghubung hati
 Kasih sayang itu tali
 Kasih sayang pengikat diri


 Dari kasih timbul simpati
 Dengan sayang ada persaudaraan
 Kerana kasih ingin berbakti
 Saling sayang ma'af mema'afkan


 Kasih sayang itu baja
 Kasih sayang penyubur jiwa
 Kasih sayang itu penawar
 Penguat cinta penghapus duka


 Kasih manusia sering bermusim
 Sayang manusia tiada abadi
 Kasih TUHAN tiada bertepi
 Sayang TUHAN janji-NYA pasti


 Tanpa kasih sayang TUHAN
 Tiada simpati tiada persaudaraan
 Tanpa kasih sayang TUHAN
 Tiada bakti tiada kema'afan


 Kasih sayang pada semua
 Kasih sayang sesama kita
 Kasih sayang oooo dunia
 Moga selamat di Akhirat sana

Comments

Popular posts from this blog

Play Online

Terasa ingin bermain game secara online seketika? National Geographic pun ada game tersendiri.Antara game paling mudah dan ringkas ialah Match Game dan Memory Game . Agak kompleks Jingsaw Puzzles dan Slide Puzzles game , tetapi boleh dilihat secara berkali-kali di ruangan preview. Link boleh didapati di laman berikut : i. Match Game     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/match-game ii. Memory Game    http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/memory-game    iii. Jingsaw Puzzle     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/jigsaw-puzzles       

Hiburan Masa Kini

Dewasa ini terlalu banyak bentuk hiburan dipaparkan. Terpulang pada kita memilih mengikut selera masing-masing. Ada yang terhibur melihat gelagat binatang-binatang, panorama indah, aksi sukan mahupun drama. YouTube kini antara pilihan tika tv tiada rancangan menarik. TV tidak menarik? Yang kena bayar memang menawarkan pelbagai pilihan tapi rasa macam ralat pulak jika tiada sesiapa menontonnya di siang hari. Rata-rata sibuk bekerja mahupun bersekolah. Secara peribadi, saya lebih menyukai internet berbanding TV. Internet terlalu banyak pilihan. Hati-hati memilihnya. Jika memilih yang baik, maka natijahnya baik dan indah belaka. Begitu juga dengan hidup yang penuh dengan pilihan. Kita berusaha untuk sentiasa mendapat apa yang kita pilih. Pilihan-pilihan saluran menarik di alam maya...Memang best . Kaya dengan pelbagai idea baik bidang sains, teknologi, perniagaan, kehidupan, budaya, psikologi, seni, rekacipta hinggalah ke hiburan. Talk dalam macam-macam bahasa. 1. Ted . 2. Gel . Good ...

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”