Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

PadaMu

Ya Allah, PadaMu harus ku bermohon Moga syukurku bertambah.

Mencari pelbagai jenis dan bentuk fail

Mencari file berformat PDF di dalam enjin carian? Gunakan Google. Taip filetype:pdf nama fail yang ingin dicari. Cuba di sini . Untuk fail-fail yang berbentuk Microsoft Office juga boleh dicari dengan jenis fail tersebut disimpan. Contoh : Microsoft Excel : xls Microsoft Word : doc Microsoft Powerpoint : ppt Microsoft Works : wks, wps, wdb Rich Text Format : rtf Selamat Mencari. Tips : Tidak perlu space atau jarak di antara filetype:pdf. Jika tidak ia, jadi begini .

Bersopan

Sekiranya terdapat perubahan pada meja anda tatkala meninggalkan tempat tersebut dengan kadar sekejap, tentu tertanya-tanya apa sudah jadi. Kita perlu lebih sensitif dan peka tika berhadapan dengan orang lain apatah lagi di majlis ilmu. Kadang-kadang kurang faham dengan sikap sesetengah individu yang sesuka hati mengubah kedudukan meja mahupun kerusi seseorang dengan alasan mahu duduk berdekatan dengan rakan. Jika perkara itu dilakukan sejak awal majlis, itu tidak menimbulkan sebarang masalah. Yang menimbulkan masalah adalah apabila kita di pertengahan majlis. Anda keluar sebentar dan apabila kembali semula, terdapat perubahan pada kedudukan tempat anda. Semestinya kita menghormati orang lain agar tidak membibitkan sebarang perasaan kurang senang nanti. Apabila kurang sensitif dan peka dengan orang lain, maka kita melakukan dengan sewenang-wenangnya. Belajarlah menghormati orang lain sebagaimana kita menghormati diri sendiri. Meskipun perkara ini kecil, namun ia tetap menimbulkan ...

Kalah

Man United menang 2-0 semalam. Sememangnya peminat bola sepak tempatan mengharapkan keajaiban menjelma namun perkara sebaliknya terjadi. Tidak mengapa. Lumrah alam begitu, ada pasang surutnya. Apa yang lebih penting, diharapkan skuad Malaysia tidak cepat berputus asa dalam mencari kemenangan. Semangat yang tinggi, usaha yang bersungguh-sungguh dan fokus seringkali menjadi intipati sesebuah kejayaan. Jatuh 7 kali, bangun semula 8 kali. Itulah semangat yang harus ada apabila kita ingin mencipta kemenangan. Teruskan usaha!

Syabas Malaysia!

Tahniah pasukan Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh mencipta kemenangan. Biarpun kalah dalam perlawanan bersama Manchester United (Man U) semalam, namun usaha yang ditunjukkan amat menggembirakan. Kalah dengan bermaruah. Sekurang-kurangnya kita mencuba yang terbaik sehingga tamat perlawanan. Ramai yang menyangka Malaysia akan dibelasah secukup-cukupnya oleh gergasi bola sepak dunia itu, namun semangat yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia amat membanggakan. Agaknya semalam penonton Malaysia yang rata-rata berjiwa Man U tak menyangka Malaysia boleh membolosi gol Man U. Malam esok ada satu perlawanan lagi. Semoga pasukan Malaysia beraksi dengan lebih baik seterusnya mengikat pasukan lawan sekurang-kurangnya. Tidak mustahil andai pasukan Malaysia memenangi perlawanan tersebut. Malaysia Boleh! Video jaringan gol perlawanan semalam.

Bahagia

Perkahwinan yang bahagia adalah idaman semua. Namun, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. Ada pasang surutnya. Bahagia atau tidak, terpulang kepada kita untuk menanganinya. Sabar, percaya, memahami, saling menyayangi, saling memaafkan, never too old to be romantic dan segala yang positif adalah kunci kepada kebahagiaan dalam sesebuah hubungan.

Bahaya

Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan minyak? Jangan ketuk. Disebabkan pam minyak yang bersifat besi dan tangki minyak yang juga asal-usulnya besi, maka dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran sekiranya terdapat karat di permukaan hujung pam. Selalu juga buat tindakan-tindakan mengetuk sebelum ini. Ya, untuk memastikan minyak penuh hingga titisan terakhir. Sayang rasanya kalau dibiarkan begitu sahaja ( harga minyak mahal..kini mencecah hampir USD 70). Lebih selamat biarkan sahaja pam minyak berada lama sikit sebelum dialihkan.

Kata-Kata Seorang Ibu

Malam ini menonton Nur Kasih yang sedang hangat ditayangkan di TV3 mahupun di web. Satu perkara yang ketara dilihat ialah kata-kata seorang ibu. Ibu Sarah kerap mengatakan dia seorang pemalas walaupun pada hakikatnya malas melakukan pekerjaan yang mungkin tidak disukai. Kata-kata ibu sememangnya memainkan peranan yang penting. Hati ibu terusik lalu mengeluarkan perkataan yang kadangkala tidak sepatutnya. Lumrah manusia. Itulah pentingnya berfikir sebelum berkata-kata. Mungkin Sarah ingin menjadi rajin namun terganggu dengan perkataan-perkataan negatif sedemikian. Sekali lagi ia berkaitan dengan emosi. Sebagai anak, tidak perlu terikut-ikut dengan emosi, usahlah mudah terusik hati. Berfikir dan bertindaklah secara matang dan rasional. Ibu cuba mengingatkan agar menjadi lebih rajin. Jika dilihat secara keseluruhan, hendaklah kita sentiasa berfikir positif. Pandang dari segala sudut sebelum sesuatu tindakan diambil.

PC Fair Kembali

PC Fair Kembali! Beberapa item telah dikenalpasti untuk dibeli. 31 July - 2 August 2009 (11:00am - 9:00pm) · KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur · Village Mall, Sungai Petani - Kedah · Dewan Perbandaran Taiping - Perak · Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor 7 August - 9 August 2009 (11:00am - 9:00pm) · Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau · Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir · Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah · Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang 13 August - 15 August 2009 (11:00am - 9:00pm) · KB Mall, Kota Bharu - Kelantan · Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu 14 August - 16 August 2009 (11:00am - 9:00pm) · Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru · Stadium ...