Skip to main content

Syabas Malaysia!


Tahniah pasukan Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh mencipta kemenangan. Biarpun kalah dalam perlawanan bersama Manchester United (Man U) semalam, namun usaha yang ditunjukkan amat menggembirakan. Kalah dengan bermaruah. Sekurang-kurangnya kita mencuba yang terbaik sehingga tamat perlawanan. Ramai yang menyangka Malaysia akan dibelasah secukup-cukupnya oleh gergasi bola sepak dunia itu, namun semangat yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia amat membanggakan. Agaknya semalam penonton Malaysia yang rata-rata berjiwa Man U tak menyangka Malaysia boleh membolosi gol Man U.

Malam esok ada satu perlawanan lagi. Semoga pasukan Malaysia beraksi dengan lebih baik seterusnya mengikat pasukan lawan sekurang-kurangnya. Tidak mustahil andai pasukan Malaysia memenangi perlawanan tersebut. Malaysia Boleh!

Comments

Popular posts from this blog

Play Online

Terasa ingin bermain game secara online seketika? National Geographic pun ada game tersendiri.Antara game paling mudah dan ringkas ialah Match Game dan Memory Game . Agak kompleks Jingsaw Puzzles dan Slide Puzzles game , tetapi boleh dilihat secara berkali-kali di ruangan preview. Link boleh didapati di laman berikut : i. Match Game     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/match-game ii. Memory Game    http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/memory-game    iii. Jingsaw Puzzle     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/jigsaw-puzzles       

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”