Tahniah kepada Imam Muda kita yang pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan yang muncul juara dalam pertandingan yang berlangsung semalam. Menariknya, produk Apple turut menjadi pilihan bukan sahaja untuk pemenang utama dan naib juara, malah untuk lapan peserta akhir yang lain. Hadiah Asyraf memang menarik! Antara hadiah Imam Muda : *insentif berbentuk tawaran sebagai Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan. *biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000. * pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI. Menarik bukan. Tahniah kepada Astro Oasis atas penganjuran program realiti TV ini. ...