Majlis Ulama Indonesia (MUI) hari ini mengeluarkan fatwa mengharamkan program gosip tv hari ini.
"Kami menganggap penting untuk mengeluarkan fatwa itu kerana program infotainmen boleh mengandungi unsur tidak bermoral dan menyalahi etika kewartawanan," kata pegawai MUI, Asrorun Niam Soleh, hari ini.
"Apabila orang mula menyebarkan khabar angin, ikatan yang menyatukan sebuah negara akan terlerai," ujarnya lagi.
Sebenarnya, bila kita lihat semula, program berkenaan kurang bermanfaat dari isinya. Tiada apa yang penting untuk diperkatakan. Seharusnya program-program TV yang membina dipelbagaikan lagi. Tambah menakutkan ia boleh membawa kepada fitnah yang mengundang seribu satu keburukan bukan sahaja kepada individu malah masyarakat itu sendiri.
Bukan sahaja program TV, sebarang bentuk bahan yang membawa kepada tindakan yang sama tidak wajar diamalkan lagi. Warnakan hidup dengan lebih baik!
Bukan sahaja program TV, sebarang bentuk bahan yang membawa kepada tindakan yang sama tidak wajar diamalkan lagi. Warnakan hidup dengan lebih baik!
Renungan bersama...
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah Al- Hujurat, ayat 11)
“Sesungguhnya orang-orang yang menyenangi tersebarnya perbuatan keji di kalangan orang-orang beriman, mereka memperoleh azab yang pedih di dunia dan di akhirat….” (Surah An-Nur: 19)
“Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” (HR. Muslim no. 2699)
Comments