Kadang-kadang terasa lelah apabila kita yang sering mengalah. Tiada niat untuk mencetuskan sebarang rasa tak puas hati di hati masing-masing, cuma ingin kata-kata kita dipertimbangkan sewajarnya. Kenapa kita susah mendengar benda yang jujur? Dengarlah ia walaupun bakal mencetuskan pelbagai rasa yang kurang sedap, namun sewajarnya ia dipertimbangkan dengan lebih mendalam dan terbuka, bukan mengikut cetusan emosi semata-mata. Apabila seorang sahabat menyayangi sahabatnya yang lain, percayalah, dia akan menegur apabila melihat sesuatu yang tidak kena. Hasratnya hanya satu, ingin perkara yang terjadi tidak berulang lagi di masa hadapan. Perkara yang sepatutnya menjadi memori yang menggembirakan menjadi sebaliknya. Mungkin dirinya juga salah kerana terlalu cepat membuat kesimpulan. Ya, salah di pihak sendirinya. Namun, perkara yang berlaku seolah-olah tiada kepentingan langsung. Sahabatnya bukanlah seorang yang kejam cuma kadang-kadang sebab yang diberikan sukar dihadam akal fikirannya. ...