Skip to main content

Menjaga Hati

Kadang-kadang terasa lelah apabila kita yang sering mengalah. Tiada niat untuk mencetuskan sebarang rasa tak puas hati di hati masing-masing, cuma ingin kata-kata kita dipertimbangkan sewajarnya. Kenapa kita susah mendengar benda yang jujur? Dengarlah ia walaupun bakal mencetuskan pelbagai rasa yang kurang sedap, namun sewajarnya ia dipertimbangkan dengan lebih mendalam dan terbuka, bukan mengikut cetusan emosi semata-mata.

Apabila seorang sahabat menyayangi sahabatnya yang lain, percayalah, dia akan menegur apabila melihat sesuatu yang tidak kena. Hasratnya hanya satu, ingin perkara yang terjadi tidak berulang lagi di masa hadapan. Perkara yang sepatutnya menjadi memori yang menggembirakan menjadi sebaliknya.

Mungkin dirinya juga salah kerana terlalu cepat membuat kesimpulan. Ya, salah di pihak sendirinya. Namun, perkara yang berlaku seolah-olah tiada kepentingan langsung. Sahabatnya bukanlah seorang yang kejam cuma kadang-kadang sebab yang diberikan sukar dihadam akal fikirannya.

Kadang-kadang ingin juga menjadi orang yang tidak kisah. Tidak kisah dengan apa-apa pun. Tapi sahabatnya sedar dia tetap manusia yang kaya dengan pelbagai rasa cuma kebiasaannya dipendamkan sahaja. Menganggap tak kisah walau apapun yang berlaku. Namun, dia tak boleh lagi kini. Dia ingin meluahkan ekspresinya. Bukan secara keterlaluan, cukuplah hanya menyampaikan apa yang dirasakan tidak wajar berlaku. Itu sahaja. Tiada niat mencetuskan sebarang persengketaan. Mengapa tidak boleh berbincang dalam perasaan yang lebih terbuka? Bukankah apabila kita mengambil berat sesuatu perkara menunjukkan sikap prihatin? Kalau langsung tak kisah, memang tiada kepentingan langsung. Entahlah, mungkin kita perlu mendidik hati agar menjadi tak kisah dengan persekitaran.

Comments

Popular posts from this blog

Play Online

Terasa ingin bermain game secara online seketika? National Geographic pun ada game tersendiri.Antara game paling mudah dan ringkas ialah Match Game dan Memory Game . Agak kompleks Jingsaw Puzzles dan Slide Puzzles game , tetapi boleh dilihat secara berkali-kali di ruangan preview. Link boleh didapati di laman berikut : i. Match Game     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/match-game ii. Memory Game    http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/memory-game    iii. Jingsaw Puzzle     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/jigsaw-puzzles       

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”