Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Noobie - syarikat pengiklanan baru

Selepas Nuffnang dan Advertlets, kini Noobie , syarikat pengiklanan internet baru kini. Jom tengok di sini .

Cara mudah Private Browsing

Kadang-kadang tidak sepenuhnya kita menggunakan komputer milik sendiri. Terpaksa mengakses dari  komputer  mahupun peranti lain.  Malah ketika mengakses laman web perbankan, sudah tentu kita tidak mahu jejak maklumat kita diakses dengan mudah. Cara mudah adalah menggunakan private browser . Shortcut yang boleh digunakan di semua browser kecuali Safari (oh Apple) : i. Chrome : Control/ Command + Shift + N ii. Opera : Control/ Command + Shift + N iii. Firefox : Control/ Command + Shift + P iv. Internet Explorer : Control + Shift + P

Kasih sayang

Kasih sayang.  Ada yang seperti embun di hujung rumput. Kasih sayang yang cepat hilang. Tidak kurang ada yang seperti hidung dicium, pipit digigit; hanya berpura-pura sahaja. Ada kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, digunakan bila perlu sahaja bagai sayang kaki pada terompah. Namun, bila kita terlalu kasih, terlalu sayang bagai menjaga permata intan ketika dicanai, sukar jua bagi sesetengah keadaan. Masakan tidak, jika kita terlalu menjaga, sedikit sebanyak ruang kebebasan menjadi terhad. Kita boleh menyayangi, mengasihi seseorang tidak kira dia adalah seorang kekasih, ibu, anak, bapa waima sahabat     namun sesekali ruang untuk diri perlu diberi perhatian. Jika tidak, ia akan karam dan lemas bak kata Ruffedge.  Lemas ku dalam dakapan mu  Tidak ku sangka kau begitu  Inikah lumrah orang bercinta  Tiada ruang nafasnya Lemas ku dalam pelukan mu  Tidak ku perlu kau begitu  Inikah ertinya bercinta  Berikan ruang agar ku selesa Me...

True

Rejab datang. Selamat menyambut 1 Rejab 1432 Hijrah.