Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Menjaga Hati

Kadang-kadang terasa lelah apabila kita yang sering mengalah. Tiada niat untuk mencetuskan sebarang rasa tak puas hati di hati masing-masing, cuma ingin kata-kata kita dipertimbangkan sewajarnya. Kenapa kita susah mendengar benda yang jujur? Dengarlah ia walaupun bakal mencetuskan pelbagai rasa yang kurang sedap, namun sewajarnya ia dipertimbangkan dengan lebih mendalam dan terbuka, bukan mengikut cetusan emosi semata-mata. Apabila seorang sahabat menyayangi sahabatnya yang lain, percayalah, dia akan menegur apabila melihat sesuatu yang tidak kena. Hasratnya hanya satu, ingin perkara yang terjadi tidak berulang lagi di masa hadapan. Perkara yang sepatutnya menjadi memori yang menggembirakan menjadi sebaliknya. Mungkin dirinya juga salah kerana terlalu cepat membuat kesimpulan. Ya, salah di pihak sendirinya. Namun, perkara yang berlaku seolah-olah tiada kepentingan langsung. Sahabatnya bukanlah seorang yang kejam cuma kadang-kadang sebab yang diberikan sukar dihadam akal fikirannya. ...

Doa

Lafaz Puasa Ramadhan Doa Berbuka Puasa Doa Menaiki Kenderaan Doa Kejayaan Doa Mudah Menghafal Doa Bangun Tidur Selawat Syifa' Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." Surah Mukmin, ayat 60 **Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Keperluan Bersedekah

Di dalam al-Quran, banyak dinyatakan tentang kelebihan bersedekah. InsyaAllah, ia akan mendapat tempat kesudahan yang baik seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dalam surah Ar-Raad, ayat 22 ; "Dan orang-orang yang sabar karena mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)". Usahlah kita memikirkan rugi apabila bersedekah." Erm, perlu ke tidak? ". "Eh, kenapa bagi banyak sangat." " Bisikan-bisikan syaitan menghantui diri tatkala ketika ingin bersedekah, semasa mahupun selepas bersedekah. Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia . Dan ingatlah Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. ( Surah Al-Baqarah, a...

Hiburan Masa Kini

Dewasa ini terlalu banyak bentuk hiburan dipaparkan. Terpulang pada kita memilih mengikut selera masing-masing. Ada yang terhibur melihat gelagat binatang-binatang, panorama indah, aksi sukan mahupun drama. YouTube kini antara pilihan tika tv tiada rancangan menarik. TV tidak menarik? Yang kena bayar memang menawarkan pelbagai pilihan tapi rasa macam ralat pulak jika tiada sesiapa menontonnya di siang hari. Rata-rata sibuk bekerja mahupun bersekolah. Secara peribadi, saya lebih menyukai internet berbanding TV. Internet terlalu banyak pilihan. Hati-hati memilihnya. Jika memilih yang baik, maka natijahnya baik dan indah belaka. Begitu juga dengan hidup yang penuh dengan pilihan. Kita berusaha untuk sentiasa mendapat apa yang kita pilih. Pilihan-pilihan saluran menarik di alam maya...Memang best . Kaya dengan pelbagai idea baik bidang sains, teknologi, perniagaan, kehidupan, budaya, psikologi, seni, rekacipta hinggalah ke hiburan. Talk dalam macam-macam bahasa. 1. Ted . 2. Gel . Good ...

PadaMu

Ya Allah, PadaMu harus ku bermohon Moga syukurku bertambah.

Mencari pelbagai jenis dan bentuk fail

Mencari file berformat PDF di dalam enjin carian? Gunakan Google. Taip filetype:pdf nama fail yang ingin dicari. Cuba di sini . Untuk fail-fail yang berbentuk Microsoft Office juga boleh dicari dengan jenis fail tersebut disimpan. Contoh : Microsoft Excel : xls Microsoft Word : doc Microsoft Powerpoint : ppt Microsoft Works : wks, wps, wdb Rich Text Format : rtf Selamat Mencari. Tips : Tidak perlu space atau jarak di antara filetype:pdf. Jika tidak ia, jadi begini .

Bersopan

Sekiranya terdapat perubahan pada meja anda tatkala meninggalkan tempat tersebut dengan kadar sekejap, tentu tertanya-tanya apa sudah jadi. Kita perlu lebih sensitif dan peka tika berhadapan dengan orang lain apatah lagi di majlis ilmu. Kadang-kadang kurang faham dengan sikap sesetengah individu yang sesuka hati mengubah kedudukan meja mahupun kerusi seseorang dengan alasan mahu duduk berdekatan dengan rakan. Jika perkara itu dilakukan sejak awal majlis, itu tidak menimbulkan sebarang masalah. Yang menimbulkan masalah adalah apabila kita di pertengahan majlis. Anda keluar sebentar dan apabila kembali semula, terdapat perubahan pada kedudukan tempat anda. Semestinya kita menghormati orang lain agar tidak membibitkan sebarang perasaan kurang senang nanti. Apabila kurang sensitif dan peka dengan orang lain, maka kita melakukan dengan sewenang-wenangnya. Belajarlah menghormati orang lain sebagaimana kita menghormati diri sendiri. Meskipun perkara ini kecil, namun ia tetap menimbulkan ...

Kalah

Man United menang 2-0 semalam. Sememangnya peminat bola sepak tempatan mengharapkan keajaiban menjelma namun perkara sebaliknya terjadi. Tidak mengapa. Lumrah alam begitu, ada pasang surutnya. Apa yang lebih penting, diharapkan skuad Malaysia tidak cepat berputus asa dalam mencari kemenangan. Semangat yang tinggi, usaha yang bersungguh-sungguh dan fokus seringkali menjadi intipati sesebuah kejayaan. Jatuh 7 kali, bangun semula 8 kali. Itulah semangat yang harus ada apabila kita ingin mencipta kemenangan. Teruskan usaha!

Syabas Malaysia!

Tahniah pasukan Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh mencipta kemenangan. Biarpun kalah dalam perlawanan bersama Manchester United (Man U) semalam, namun usaha yang ditunjukkan amat menggembirakan. Kalah dengan bermaruah. Sekurang-kurangnya kita mencuba yang terbaik sehingga tamat perlawanan. Ramai yang menyangka Malaysia akan dibelasah secukup-cukupnya oleh gergasi bola sepak dunia itu, namun semangat yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia amat membanggakan. Agaknya semalam penonton Malaysia yang rata-rata berjiwa Man U tak menyangka Malaysia boleh membolosi gol Man U. Malam esok ada satu perlawanan lagi. Semoga pasukan Malaysia beraksi dengan lebih baik seterusnya mengikat pasukan lawan sekurang-kurangnya. Tidak mustahil andai pasukan Malaysia memenangi perlawanan tersebut. Malaysia Boleh! Video jaringan gol perlawanan semalam.

Bahagia

Perkahwinan yang bahagia adalah idaman semua. Namun, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. Ada pasang surutnya. Bahagia atau tidak, terpulang kepada kita untuk menanganinya. Sabar, percaya, memahami, saling menyayangi, saling memaafkan, never too old to be romantic dan segala yang positif adalah kunci kepada kebahagiaan dalam sesebuah hubungan.

Bahaya

Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan minyak? Jangan ketuk. Disebabkan pam minyak yang bersifat besi dan tangki minyak yang juga asal-usulnya besi, maka dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran sekiranya terdapat karat di permukaan hujung pam. Selalu juga buat tindakan-tindakan mengetuk sebelum ini. Ya, untuk memastikan minyak penuh hingga titisan terakhir. Sayang rasanya kalau dibiarkan begitu sahaja ( harga minyak mahal..kini mencecah hampir USD 70). Lebih selamat biarkan sahaja pam minyak berada lama sikit sebelum dialihkan.

Kata-Kata Seorang Ibu

Malam ini menonton Nur Kasih yang sedang hangat ditayangkan di TV3 mahupun di web. Satu perkara yang ketara dilihat ialah kata-kata seorang ibu. Ibu Sarah kerap mengatakan dia seorang pemalas walaupun pada hakikatnya malas melakukan pekerjaan yang mungkin tidak disukai. Kata-kata ibu sememangnya memainkan peranan yang penting. Hati ibu terusik lalu mengeluarkan perkataan yang kadangkala tidak sepatutnya. Lumrah manusia. Itulah pentingnya berfikir sebelum berkata-kata. Mungkin Sarah ingin menjadi rajin namun terganggu dengan perkataan-perkataan negatif sedemikian. Sekali lagi ia berkaitan dengan emosi. Sebagai anak, tidak perlu terikut-ikut dengan emosi, usahlah mudah terusik hati. Berfikir dan bertindaklah secara matang dan rasional. Ibu cuba mengingatkan agar menjadi lebih rajin. Jika dilihat secara keseluruhan, hendaklah kita sentiasa berfikir positif. Pandang dari segala sudut sebelum sesuatu tindakan diambil.

PC Fair Kembali

PC Fair Kembali! Beberapa item telah dikenalpasti untuk dibeli. 31 July - 2 August 2009 (11:00am - 9:00pm) · KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur · Village Mall, Sungai Petani - Kedah · Dewan Perbandaran Taiping - Perak · Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor 7 August - 9 August 2009 (11:00am - 9:00pm) · Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau · Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir · Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah · Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang 13 August - 15 August 2009 (11:00am - 9:00pm) · KB Mall, Kota Bharu - Kelantan · Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu 14 August - 16 August 2009 (11:00am - 9:00pm) · Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru · Stadium ...

Ilmu

Tahniah kepada mahasiswa-mahasiswa baru yang selamat mendaftar dalam minggu ini dan sebelumnya. Pola kemasukan adalah seperti tahun-tahun yang terdahulu di mana pelajar perempuan masih mengatasi pelajar lelaki dalam sesi pengambilan kali ini. Cabaran buat pelajar-pelajar lelaki yang masih di bangku sekolah untuk bangkit lebih gagah dalam menempatkan diri mereka di menara gading. Buat pelajar perempuan, usah leka. Persaingan makin sengit yang sememangnya menuntut usaha gigih yang berterusan. Tiada apa yang lebih bermakna melainkan menimba ilmu sebanyak mungkin. Harta yang menimbun akan susut jika tidak disertai dengan ilmu. Masih teringat kata-kata seorang profesor, anda akan jadi kacak lagi tampan jika berilmu disertai dengan iman. Cantik lagi menarik jika mempunyai kecantikan dalaman. Menjaga kebersihan jua adalah sangat dituntut apatah lagi bagi yang bergelar Muslim. Apabila diri bersih, secara tidak langsung akan kelihatan menarik. Menarik lagi jika disertai dengan ilmu dan sikap ...

Gmail tiada fungsi forward

Klik pada gambar untuk lebih jelas Kenyataan di atas mungkin mengejutkan. Mana mungkin pakar-pakar di Google melupakan fungsi di atas melengkapkan keperluan aplikasi Gmail yang baru. Namun itulah yang terjadi. Lantaran sebelum ini asyik menjawab emel sahaja (reply), saya seakan-akan terlupa di mana fungsi forward. Bagi yang mengalami masalah di mana fungsi forward di aplikasi gmail ini, hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut : 1. Klik pada inbox . Di sebelah kanan emel, tertera perkataan reply. 2. Klik pada reply. 3. Tertera emel kosong yang perlu diisi bersama maklumat emel terdahulu. 4. Di atas ruangan emel, tertera perkataan reply dan forward. 5. Klik forward. 6. Teruskan menulis mesej sebelum memanjangkan emel ( forward)

Free Template Layout For Blogspot and Wordpress User

Layout yang cantik pada blog tentu memikat hati. Bukankah begitu? Hakikatnya, kita semua mencintai kecantikan walaupun kecantikan itu terlalu subjektif untuk dipersetujui. Yeaaaah, disertakan bersama free template layout untuk yang menggunakan platform Blogspot mahupun Wordpress! Masing-masing ada disediakan seperti berikut : Blogspot + http://www.btemplates.com + http://www.geckoandfly.com /blogspot-templates + http://www.blogspottemplat e.com + http://www.hongkiat.com/bl og/50-most-beautiful-blogg er-templates + http://www.mashable.com/20 08/05/17/70-plus-new-and-b eautiful-blogger-templates Wordpress + http://www.unmatchedthemes .com/gallery/ + http://www.eblogtemplates. com/templates/wordpress-th emes/ + http://templateparatodos.b logspot.com/search/label/W ordpress kredit kepada Facebook Blogger Malaysia . Arigato gozaimas!

Bagaimana Menyembunyikan Perasaan

Kadang-kadang kita terasa ingin menyembunyikan perasaan kita, tak kira perasaan marah, dengki, sedih, ragu-ragu terhadap sesuatu perkara tapi orang lain berjaya merasakannya. Mungkin ada hubungan roh yang rapat antara satu sama lain. Tidak dinafikan. Jika perasaan itu adalah gembira, saya percaya setiap orang inginkan berkongsi kegembiraan. Tambah dengan yang tersayang. Ya, detik indah harus dinikmati bersama! Namun, jika perasaan itu adalah negatif, saya percaya sedikit sebanyak cuba menyembunyikannya. Mungkin kerana tidak mahu membebankan orang lain. Jika marah, adalah lebih baik kita menyembunyikan dengan kadar semaksimum mungkin. Bukankah orang yang menahan marah itu adalah orang yang paling kuat, seperti yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam sabdanya. Adalah digalakkan kita keluar dari suasana kemarahan tersebut. Carilah suasana yang lapang, lihat di sekeliling, tarik nafas perlahan-lahan, insyaAllah kemarahan akan reda. Lagipun, jika difikirkan semula, apa yang perlunya...

Menjadi Penulis Yang Berjaya

Penulis yang berjaya adalah : 1. Membaca 2. Membaca 3. Membaca 4. Membaca 5. MENULIS Pesanan dari Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said untuk menjadi seorang penulis. Seorang penulis menulis apa yang dibacanya. Tonton di sini dengan lebih lanjut.

Berhadapan dengan Rakan Yang Gemar Bercakap

Rakan-rakan yang mendampingi diri kita terdiri dari pelbagai rupa dan gaya yang tersendiri. Pasparagam. Yakni aneka warna. Selalunya apabila kita mempunyai minat yang sama, maka lebih senang hubungan rapat dijalinkan meskipun baru mengenali. Namun, tidak semua yang mendampingi kita mempunyai ciri yang sama. Kembar seiras, meskipun memiliki banyak elemen genetik yang sama, namun tetap ada perbezaan. Tetap beraneka rupa. Mempunyai seorang rakan yang gemar berbicara kadangkala membuatkan kita berfikir. Berfikir untuk meneruskan percakapan atau bersikap dingin sahaja bagi menghentikan perbualan. Kadang-kadang apabila kita sedang melakukan sesuatu perkara, tak kira di tempat kerja, kafe atau sebagainya, dia gemar mengungkapkan kata-kata. Saya percaya di situasi-situasi sebegini banyak perbualan ingin diperkatakan. Kafe dan seumpamanya (restoran, kedai makan sebagai contoh) merupakan tempat terbaik untuk berbual-bual sambil menikmati makanan. Jika gemar bercakap di tempat kerja, ia bukanlah...