Skip to main content

Berhadapan dengan Rakan Yang Gemar Bercakap


Rakan-rakan yang mendampingi diri kita terdiri dari pelbagai rupa dan gaya yang tersendiri. Pasparagam. Yakni aneka warna. Selalunya apabila kita mempunyai minat yang sama, maka lebih senang hubungan rapat dijalinkan meskipun baru mengenali. Namun, tidak semua yang mendampingi kita mempunyai ciri yang sama.


Kembar seiras, meskipun memiliki banyak elemen genetik yang sama, namun tetap ada perbezaan. Tetap beraneka rupa.


Mempunyai seorang rakan yang gemar berbicara kadangkala membuatkan kita berfikir. Berfikir untuk meneruskan percakapan atau bersikap dingin sahaja bagi menghentikan perbualan. Kadang-kadang apabila kita sedang melakukan sesuatu perkara, tak kira di tempat kerja, kafe atau sebagainya, dia gemar mengungkapkan kata-kata. Saya percaya di situasi-situasi sebegini banyak perbualan ingin diperkatakan.


Kafe dan seumpamanya (restoran, kedai makan sebagai contoh) merupakan tempat terbaik untuk berbual-bual sambil menikmati makanan. Jika gemar bercakap di tempat kerja, ia bukanlah situasi terbaik melainkan anda seorang jurucakap/ jururunding kepada sesebuah organisasi, yang sentiasa memerlukan anda bercakap.


Kadang-kadang terasa lelah melayan karenah rakan yang gemar bercakap. Sesungguhnya bukanlah hendak bersikap dingin, namun lelah jika setiap 10 minit kena bercakap. Sahabat, fahamilah bahawa di tempat kerja, fokus adalah amat perlu. Jika setiap 10 minit bercakap, saya percaya akan hilang fokus tersebut sedikit sebanyak.


Sekiranya rakan anda tidak melayani anda ketika anda gemar bercakap, fahamilah gerak mereka. Saya percaya bukanlah maksud sahabat anda bersifat dingin, cuma ingin diberi sedikit ruang untuk mereka melakukan pekerjaan mereka. Sesetengah orang boleh melakukan pekerjaan dalam suasana yang bising, sesetengah tidak. Fahamilah manusia ini bersifat pasparagam.


Bagaimana berhadapan dengan rakan yang gemar bercakap? Tipsnya, diam dan jangan teruskan perbualan. Katakan anda mempunyai pekerjaan atau perkara yang perlu diselesaikan segera. Belajar untuk berkata TIDAK. Mungkin pada peringkat permulaan, rakan anda berasa pelik atau jauh hati. Namun, teruskan perbualan di waktu-waktu yang sesuai, seperti di waktu menikmati makanan, sedikit sebanyak rakan anda akan fahami.


Cara yang paling mudah, cuba berbicara seketika dengan rakan anda mengenai ketidakselesaan anda. Jelaskan sebaik mungkin.


Minda terasa penat, emosi jua tidak stabil bila berhadapan dengan ketidakselesaan.

Comments

Popular posts from this blog

Play Online

Terasa ingin bermain game secara online seketika? National Geographic pun ada game tersendiri.Antara game paling mudah dan ringkas ialah Match Game dan Memory Game . Agak kompleks Jingsaw Puzzles dan Slide Puzzles game , tetapi boleh dilihat secara berkali-kali di ruangan preview. Link boleh didapati di laman berikut : i. Match Game     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/match-game ii. Memory Game    http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/memory-game    iii. Jingsaw Puzzle     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/jigsaw-puzzles       

Hiburan Masa Kini

Dewasa ini terlalu banyak bentuk hiburan dipaparkan. Terpulang pada kita memilih mengikut selera masing-masing. Ada yang terhibur melihat gelagat binatang-binatang, panorama indah, aksi sukan mahupun drama. YouTube kini antara pilihan tika tv tiada rancangan menarik. TV tidak menarik? Yang kena bayar memang menawarkan pelbagai pilihan tapi rasa macam ralat pulak jika tiada sesiapa menontonnya di siang hari. Rata-rata sibuk bekerja mahupun bersekolah. Secara peribadi, saya lebih menyukai internet berbanding TV. Internet terlalu banyak pilihan. Hati-hati memilihnya. Jika memilih yang baik, maka natijahnya baik dan indah belaka. Begitu juga dengan hidup yang penuh dengan pilihan. Kita berusaha untuk sentiasa mendapat apa yang kita pilih. Pilihan-pilihan saluran menarik di alam maya...Memang best . Kaya dengan pelbagai idea baik bidang sains, teknologi, perniagaan, kehidupan, budaya, psikologi, seni, rekacipta hinggalah ke hiburan. Talk dalam macam-macam bahasa. 1. Ted . 2. Gel . Good ...

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”