Skip to main content

Bagaimana Menyembunyikan Perasaan

Kadang-kadang kita terasa ingin menyembunyikan perasaan kita, tak kira perasaan marah, dengki, sedih, ragu-ragu terhadap sesuatu perkara tapi orang lain berjaya merasakannya. Mungkin ada hubungan roh yang rapat antara satu sama lain. Tidak dinafikan.

Jika perasaan itu adalah gembira, saya percaya setiap orang inginkan berkongsi kegembiraan. Tambah dengan yang tersayang. Ya, detik indah harus dinikmati bersama!

Namun, jika perasaan itu adalah negatif, saya percaya sedikit sebanyak cuba menyembunyikannya. Mungkin kerana tidak mahu membebankan orang lain.

Jika marah, adalah lebih baik kita menyembunyikan dengan kadar semaksimum mungkin. Bukankah orang yang menahan marah itu adalah orang yang paling kuat, seperti yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam sabdanya.

Adalah digalakkan kita keluar dari suasana kemarahan tersebut. Carilah suasana yang lapang, lihat di sekeliling, tarik nafas perlahan-lahan, insyaAllah kemarahan akan reda. Lagipun, jika difikirkan semula, apa yang perlunya kita marah sangat terhadap sesuatu perkara. Namun, seperti kata pepatah, kesabaran itu ada hadnya.

Ada benda kita perlu mengekspresikan kemarahan kita. Contohnya, apabila melibatkan maruah malah nyawa seseorang. Apepun, berhati-hatilah dalam menangani kemarahan kerana ia ibarat mencurah minyak ke api jika tidak dikawal dengan sebaik-baiknya.


Perasaan ragu-ragu? Saya kira tidak perlu kita menyembunyikannnya. Penting untuk kita mendapat kepastian berkenaan sesuatu perkara. Bertanyalah kepada yang arif! Selidiklah terlebih dahulu nescaya bertemu jua apa yang diragukan.

Dengki pula? Harus digilap sebaik mungkin. Mengapa? Jika perasaan itu adalah sifat dengki yang baik iaitu semangat untuk berlumba-lumba menjadi lebih baik dengan cara yang POSITIF, semestinya kita lebih fokus. Perlukah diberitahu? Tak perlu rasanya. Diam kan lebih baik.

Apepun, setiap perkara hendaklah diletakkan pada tempatnya. Adil dan tidak menzalimi perkara yang sepatutnya.

Comments

Popular posts from this blog

Play Online

Terasa ingin bermain game secara online seketika? National Geographic pun ada game tersendiri.Antara game paling mudah dan ringkas ialah Match Game dan Memory Game . Agak kompleks Jingsaw Puzzles dan Slide Puzzles game , tetapi boleh dilihat secara berkali-kali di ruangan preview. Link boleh didapati di laman berikut : i. Match Game     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/match-game ii. Memory Game    http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/memory-game    iii. Jingsaw Puzzle     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/jigsaw-puzzles       

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”