Skip to main content

Ilmu

Tahniah kepada mahasiswa-mahasiswa baru yang selamat mendaftar dalam minggu ini dan sebelumnya. Pola kemasukan adalah seperti tahun-tahun yang terdahulu di mana pelajar perempuan masih mengatasi pelajar lelaki dalam sesi pengambilan kali ini. Cabaran buat pelajar-pelajar lelaki yang masih di bangku sekolah untuk bangkit lebih gagah dalam menempatkan diri mereka di menara gading. Buat pelajar perempuan, usah leka. Persaingan makin sengit yang sememangnya menuntut usaha gigih yang berterusan.

Tiada apa yang lebih bermakna melainkan menimba ilmu sebanyak mungkin. Harta yang menimbun akan susut jika tidak disertai dengan ilmu. Masih teringat kata-kata seorang profesor, anda akan jadi kacak lagi tampan jika berilmu disertai dengan iman. Cantik lagi menarik jika mempunyai kecantikan dalaman.

Menjaga kebersihan jua adalah sangat dituntut apatah lagi bagi yang bergelar Muslim. Apabila diri bersih, secara tidak langsung akan kelihatan menarik. Menarik lagi jika disertai dengan ilmu dan sikap yang berbudi. Kesimpulannya, elemen-elemen tersebut menghasilkan satu persamaan;

iman + bersih + baik + rajin berusaha = menarik lagi menawan !

Pakej yang harus direbut! Dapatkannya!

Comments

Popular posts from this blog

Play Online

Terasa ingin bermain game secara online seketika? National Geographic pun ada game tersendiri.Antara game paling mudah dan ringkas ialah Match Game dan Memory Game . Agak kompleks Jingsaw Puzzles dan Slide Puzzles game , tetapi boleh dilihat secara berkali-kali di ruangan preview. Link boleh didapati di laman berikut : i. Match Game     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/match-game ii. Memory Game    http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/memory-game    iii. Jingsaw Puzzle     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/jigsaw-puzzles       

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”