Skip to main content

Bersopan


Sekiranya terdapat perubahan pada meja anda tatkala meninggalkan tempat tersebut dengan kadar sekejap, tentu tertanya-tanya apa sudah jadi. Kita perlu lebih sensitif dan peka tika berhadapan dengan orang lain apatah lagi di majlis ilmu.

Kadang-kadang kurang faham dengan sikap sesetengah individu yang sesuka hati mengubah kedudukan meja mahupun kerusi seseorang dengan alasan mahu duduk berdekatan dengan rakan. Jika perkara itu dilakukan sejak awal majlis, itu tidak menimbulkan sebarang masalah.

Yang menimbulkan masalah adalah apabila kita di pertengahan majlis. Anda keluar sebentar dan apabila kembali semula, terdapat perubahan pada kedudukan tempat anda. Semestinya kita menghormati orang lain agar tidak membibitkan sebarang perasaan kurang senang nanti.

Apabila kurang sensitif dan peka dengan orang lain, maka kita melakukan dengan sewenang-wenangnya. Belajarlah menghormati orang lain sebagaimana kita menghormati diri sendiri. Meskipun perkara ini kecil, namun ia tetap menimbulkan perasaan kurang senang di pihak yang mengalaminya.

Comments

Popular posts from this blog

Play Online

Terasa ingin bermain game secara online seketika? National Geographic pun ada game tersendiri.Antara game paling mudah dan ringkas ialah Match Game dan Memory Game . Agak kompleks Jingsaw Puzzles dan Slide Puzzles game , tetapi boleh dilihat secara berkali-kali di ruangan preview. Link boleh didapati di laman berikut : i. Match Game     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/match-game ii. Memory Game    http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/memory-game    iii. Jingsaw Puzzle     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/jigsaw-puzzles       

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”