Skip to main content

Kata-Kata Seorang Ibu

Malam ini menonton Nur Kasih yang sedang hangat ditayangkan di TV3 mahupun di web. Satu perkara yang ketara dilihat ialah kata-kata seorang ibu. Ibu Sarah kerap mengatakan dia seorang pemalas walaupun pada hakikatnya malas melakukan pekerjaan yang mungkin tidak disukai.

Kata-kata ibu sememangnya memainkan peranan yang penting. Hati ibu terusik lalu mengeluarkan perkataan yang kadangkala tidak sepatutnya. Lumrah manusia. Itulah pentingnya berfikir sebelum berkata-kata.

Mungkin Sarah ingin menjadi rajin namun terganggu dengan perkataan-perkataan negatif sedemikian. Sekali lagi ia berkaitan dengan emosi. Sebagai anak, tidak perlu terikut-ikut dengan emosi, usahlah mudah terusik hati. Berfikir dan bertindaklah secara matang dan rasional. Ibu cuba mengingatkan agar menjadi lebih rajin.

Jika dilihat secara keseluruhan, hendaklah kita sentiasa berfikir positif. Pandang dari segala sudut sebelum sesuatu tindakan diambil.

Comments

Popular posts from this blog

Play Online

Terasa ingin bermain game secara online seketika? National Geographic pun ada game tersendiri.Antara game paling mudah dan ringkas ialah Match Game dan Memory Game . Agak kompleks Jingsaw Puzzles dan Slide Puzzles game , tetapi boleh dilihat secara berkali-kali di ruangan preview. Link boleh didapati di laman berikut : i. Match Game     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/match-game ii. Memory Game    http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/memory-game    iii. Jingsaw Puzzle     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/jigsaw-puzzles       

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”