Skip to main content

Keperluan Bersedekah


Di dalam al-Quran, banyak dinyatakan tentang kelebihan bersedekah. InsyaAllah, ia akan mendapat tempat kesudahan yang baik seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dalam surah Ar-Raad, ayat 22 ;

"Dan orang-orang yang sabar karena mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)".

Usahlah kita memikirkan rugi apabila bersedekah."Erm, perlu ke tidak?". "Eh, kenapa bagi banyak sangat." "Bisikan-bisikan syaitan menghantui diri tatkala ketika ingin bersedekah, semasa mahupun selepas bersedekah.

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan ingatlah Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
( Surah Al-Baqarah, ayat 268).

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).
Surah Al-Anfaal, ayat 60.

Selain kesudahan yang baik (insyaAllah), Allah S.W.T juga menjanjikan pahala yang berlipat ganda buat mereka yang menafkahkan harta mereka di jalan Allah S.W.T seperti di dalam bidang pembangunan, penyelidikan, ekonomi dan sebagainya yang membawa kebaikan kepada alam sejagat.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Al-Baqarah, ayat 261.

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Surah At-Taubah,ayat 20.

Bagi menyemarakkan semangat bersedekah ini, marilah kita menyumbangkan segala apa yang ada pada diri kita. Harta, masa, jiwa dan segala-galanya. Untuk makluman, Maahad Tahfizul Quraan Al-Bukhari ada memohon sumbangan derma atau zakat untuk tabung pengurusan maahad tersebut. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maahad Tahfizul Quraan Al-Bukhari, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 03018010101982.

Maahad Tahfizul Quraan Al-Bukhari
Masjid Al-Taqwa, Semerak,
16700 Pasir Putih, Kelantan.
Tel : 019-922 8099
Pengetua : Khahairizal bin Abdullah

Suka juga untuk meminjam kata-kata Pak Harfan baik dalam filem dan buku Laskar Pelangi yang menggugah semangat untuk memberi.

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya".


Comments

Popular posts from this blog

Play Online

Terasa ingin bermain game secara online seketika? National Geographic pun ada game tersendiri.Antara game paling mudah dan ringkas ialah Match Game dan Memory Game . Agak kompleks Jingsaw Puzzles dan Slide Puzzles game , tetapi boleh dilihat secara berkali-kali di ruangan preview. Link boleh didapati di laman berikut : i. Match Game     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/match-game ii. Memory Game    http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/memory-game    iii. Jingsaw Puzzle     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/jigsaw-puzzles       

Hiburan Masa Kini

Dewasa ini terlalu banyak bentuk hiburan dipaparkan. Terpulang pada kita memilih mengikut selera masing-masing. Ada yang terhibur melihat gelagat binatang-binatang, panorama indah, aksi sukan mahupun drama. YouTube kini antara pilihan tika tv tiada rancangan menarik. TV tidak menarik? Yang kena bayar memang menawarkan pelbagai pilihan tapi rasa macam ralat pulak jika tiada sesiapa menontonnya di siang hari. Rata-rata sibuk bekerja mahupun bersekolah. Secara peribadi, saya lebih menyukai internet berbanding TV. Internet terlalu banyak pilihan. Hati-hati memilihnya. Jika memilih yang baik, maka natijahnya baik dan indah belaka. Begitu juga dengan hidup yang penuh dengan pilihan. Kita berusaha untuk sentiasa mendapat apa yang kita pilih. Pilihan-pilihan saluran menarik di alam maya...Memang best . Kaya dengan pelbagai idea baik bidang sains, teknologi, perniagaan, kehidupan, budaya, psikologi, seni, rekacipta hinggalah ke hiburan. Talk dalam macam-macam bahasa. 1. Ted . 2. Gel . Good ...

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”