Skip to main content

Kerak dan Nasi

*Ada kerak, ada nasi.
                                             
Makna: Tiap-tiap sesuatu kejadian itu, tentu ada bekasnya.

Sama erti: Bermain pisau, luka.

Contoh: Guru agama itu selalu berpesan kepada anak-anak muridnya agar berhati-hati ketika bertindak sesuatu, kerana segala tindak tanduk kita akan meninggalkan kesan sama ada ke atas diri sendiri ataupun orang lain. Ini adalah kerana apabila `ada kerak, ada nasi’.

(diambil dari laman web Prof Abdullah Hassan)

Kadang-kadang terasa kurang faham apa pentingnya menambah rakan kenalan suami mahupun isteri kawan sendiri di FB mahupun laman sosial yang lain. Tidak menjadi masalah jika kita pernah berkawan atau mungkin pernah belajar di kelas yang sama kerana sememangnya ia telah menjadi kawan kita sendiri. Bagaimana pula jika kita hanya mengenalinya setelah kita berkahwin dengan pasangan kita?

Perlukah hingga tahap mengetahui status suami atau isteri kawan sendiri? Tidak cukupkah berkawan baik dengan kawan kita sendiri tanpa perlu mengetahui status FB suami mahupun isterinya. Oh, mungkin kini sudah relevan. Kesan buruknya tetap ada.

Entahla, zaman maju beginilah corak sosial. Jom kongsi pendapat =)
  

Comments

Popular posts from this blog

Play Online

Terasa ingin bermain game secara online seketika? National Geographic pun ada game tersendiri.Antara game paling mudah dan ringkas ialah Match Game dan Memory Game . Agak kompleks Jingsaw Puzzles dan Slide Puzzles game , tetapi boleh dilihat secara berkali-kali di ruangan preview. Link boleh didapati di laman berikut : i. Match Game     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/match-game ii. Memory Game    http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/memory-game    iii. Jingsaw Puzzle     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/jigsaw-puzzles       

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”