Edisi perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah sudah lama rasanya bermula. Zaman kecil-kecil dulu selalu juga menikmati makanan mangkuk tingkat. Panas dan sedap. Berlari ke pagar bila tengok pakcik mangkuk tingkat sudah sedia di depan. Google punya google, banyak juga perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah mahupun pejabat kini. Sekitar Selangor dan KL memang banyak.
Oh ya, sekadar perkongsian bersama, baru menikmati Mat & Joe Home Cook, perkhidmatan penghantaran terus ke pejabat mahupun ke rumah di sekitar Putrajaya dan Selangor. Ayam masak pedas, sawi masak goreng, ikan goreng, sambal belacan bersama nasi putih. Menyelerakan, sedap dan kemas.
Sesuai untuk makan tengah hari. Tambah-tambah untuk yang tak sempat pergi ke kafe. Call je, tau-tau dah sampai depan mata. Ok =)
p.s : saya tidak mempunyai sebarang saham dalam Mat & Joe Home Cook =) Sekadar berkongsi.
p.s.s : Mat & Joe Home Cook 016-323 2704
Comments