Skip to main content

Apa yang dicari pada 2010

Menjelang hujung tahun, banyak enjin carian seperti google mahupun yahoo mengeluarkan trend carian terkini. Twitter juga tidak ketinggalan. Secara global, Ipad merupakan gajet hangat yang dicari kini di pasaran  dengan Hong Kong menjadi negara yang paling kerap membuat carian berkenaan Ipad diikuti Singapura, US dan Jepun. Iraq yang juga tidak ketinggalan dalam senarai sepuluh negara utama yang mencari Ipad (sumber).

Justin Bieber adalah orang paling panas dicari di talian google dengan peningkatan yang ketara sepanjang tahun 2010. Oh ya, barangkali orang Haiti paling menggemarinya kerana didapati negara berkenaan paling kerap mencari remaja bersuara 'manis' ini. Tidak ketinggalan warga Indonesia, Myanmar, Madagascar hingga ke Honduras merupakan antara sepuluh negara utama menggilai remaja pop ini (sumber).

Topik misteri masih menjadi pilihan bagi peminat sekitar US dengan The Southern Vampire Mysteries karya Charlaine Harris atau lebih dikenali dengan The Sookie Stackhouse Novels/ Chronicles (sumber). Jika dilihat pada tahun sebelumnya, twilight ( or midnight..haha) diikuti new moon dan eclipse merupakan buku yang amat dicari di US pada tahun 2009 (sumber). Agaknya topik yang berkaitan misteri, hantu, pembunuhan dan fantasi memang amat menarik dan sedap dibaca di sana.

Malaysia bagaimana pula?

Comments

Popular posts from this blog

Play Online

Terasa ingin bermain game secara online seketika? National Geographic pun ada game tersendiri.Antara game paling mudah dan ringkas ialah Match Game dan Memory Game . Agak kompleks Jingsaw Puzzles dan Slide Puzzles game , tetapi boleh dilihat secara berkali-kali di ruangan preview. Link boleh didapati di laman berikut : i. Match Game     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/match-game ii. Memory Game    http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/memory-game    iii. Jingsaw Puzzle     http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/jigsaw-puzzles       

Jenis-jenis Hon

Macam-macam hon sekarang ini. Yang membezakan intonasi hon itu sendiri. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.         1 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “HAI”   2 x HON PENDEK   - pemandu  nak cakap “ TERIMA KASIH ” atau “JUMPA LAGI”     3 x HON PENDEK   - pemandu  suruh kenderaan depan cepat sikit  (biasanya kat traffic light  dah hijau namun tak bergerak)       1 x HON PANJANG   - pemandu beri amaran kereta lain bahawa pemandu sedang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan     2 x HON PANJANG   - pemandu tengah marah  4 X atau lebih HON PENDEK   - pemandu tu cakap  TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”