Dah lama rasanya ingin membuat masker sendiri. Banyak resepi mahupun petua di internet kini. Terima kasih kepada kawan yang sudi berkongsi petua untuk membuat masker sendiri. Selepas ini bolehlah digunakan di muka tanpa rasa was-was.
Bahan-bahan :
Beras pulut
Putih telur
Cara Penyediaan :
1. Beras pulut digoreng sehingga kekuningan tanpa minyak. Pastikan api tidak terlalu kuat ketika menggoreng.
2. Setelah itu, sejukkan seketika. Kemudian dimasukkan dalam pengisar sebelum disimpan dalam bekas.
Cara Penggunaan :
1. Hanya ambil setengah sudu teh untuk dicampur bersama putih telur.
2. Sapukan ke muka dan biarkan sehingga 3 - 4 jam.
3. Basuh muka sehingga bersih setelah masker hilang.
Mudah bukan? Selamat mencuba. Oh ya, masker hanya sesuai digunakan 2-3 kali seminggu, tidak setiap hari.
Comments